fbpx
Anda serius nak kawal kencing manis, gout dan darah tinggi. Nak cergas, NAK kuat macam dulu-dulu! Nak tidur lena, Nak cergas. Dapatkan diskaun 5% dan free pos.
NAK DISKAUN

Percaya atau tidak..

3 perkara yang bakal saya kongsikan adalah simple tapi sangat sukar untuk dibuat

Walaupun hampir tanpa kos kerana telah termasuk dalam kehidupan seharian kita

Cuma ada penambahan sikit je.

Baca dahulu sampai habis ye lagi-lagi point no. 3, takut anda salah faham dengan kenyataan saya.

Saya yakin anda berkeinginan untuk hidup sihat atau mungkin anda pernah atau sedang mengalami penyakit tertentu.

Semoga kita terhindar daripada penyakit 3 serangkai (kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung)

Ini adalah 3 perkara tersebut:

 

Makan apa sahaja makanan janji jangan terlebih kalori

 

Haah, makan apa sahaja. Halal itu pastilah. Tapi jangan terlebih daripada kalori yang diperlukan badan. Dibawah adalah anggaran berapa jumlah keperluan kalori mengikut Panduan Diet Malaysia 2010.

Kategori Anggaran Jumlah Kalori
Lelaki dewasa 2000kcal
Perempuan dewasa 1500kcal

 

Walaubagaimanapun, pemakanan perlulah selari dengan pengambilan vitamin dan zat-zat lain. Mungkin ramai yang tidak meminati sayuran, tapi cuba ambil dalam kuantiti sedikit jika tak mampu makan setiap hari. Selitkan juga buah-buahan. Dibawah adalah contoh kiraan kalori. Anda boleh dapatkan senarai dibawah dengan melayari Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia

 

Buat aktiviti yang berpeluh tapi kita suka.

 

Ramai orang salah sangka dengan bersenam ini dan sebab itu kebiasaannya mereka “tewas awal” kerana tidak mampu berdisiplin bersenam.

Saya letakkan melakukan aktiviti sehingga berpeluh untuk beri anda mudah faham. Aktiviti yang bagus ialah aktiviti yang menyeronokkan anda.

Tidak semestinya kena jogging ya. Setiap orang minat lain-lain. Kalau suka workout silakan workout .

Pilihan saya? Saya suka bermain badminton walaupun belum pandai main sangat.Luangkan masa seminggu beberapa kali (cadangan : minimum 20 minit  3 kali seminggu)

sumber thestar

Menurut abang sado Malaysia iaitu Sazali Samad, Juara Mr Universe 10 kali, menjaga (mengawal) pemakanan adalah nombor 1 untuk sihat. Kedua baru lah workout.

Sebab itu, apa-apa pun memang kena jaga pemakanan.

 

Jangan bergantung sepenuhnya dengan ubatan kimia.

Jap!

Saya bukan antivaksin ye..

Begini, pernah tak kita rasa diri bakal sakit sikit-sikit.

Kita mesti dapat rasa kan macam nak demam, macam pening sikit, macam lenguh sikit.

Jangan terus ambil penadol,

Kalau rasa nak demam, cuba buatkan aktiviti ringan yang berpeluh dulu.. tak lama lepas tu inshaAllah makin berkurang

Badan kita sudah ada sistem imun yang tersendiri

Ubatan adalah pemangkin untuk melawan penyakit. Jika kita tidak terlalu membelainya, kita akan lebih kuat.

Tapi, kalau sakit yang teruk tu pergilah jumpa doktor segera ye

 

Kesimpulan

 

Ouh ye, saya nak memperbetulkan kata-kata saya yang mengatakan apa yang saya kongsikan amat sukar dilakukan. 3 perkara ini sangat sukar jika buat apa yang anda tidak minat. Pilihan saya,

1) Makan makanan Malaysia yang saya suka asalkan tidak berlebihan kalori. Minum minuman manis tiada masalah tapi jangan berlebihan. Kiraan mudah 1 cawan minuman manis sehari tapi hadkan kepada 4 kali seminggu sahaja.

2) Lakukan aktiviti senaman ringan yang disukai. Suka berkebun? Silakan..

3) Jika sakit sikit-sikit contohnya demam, cuba lakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dahulu. Jika pening kepala, cuba urut kepada dan berehat dahulu. Kalau tak jadi juga barulah makan ubat.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *