fbpx
Anda serius nak kawal kencing manis, gout dan darah tinggi. Nak cergas, NAK kuat macam dulu-dulu! Nak tidur lena, Nak cergas. Dapatkan diskaun 5% dan free pos.
NAK DISKAUN

Dimasa krisis pandemik Covid-19 ketika ini, ramai sedar akan bahaya yang bakal menimpa mereka jika terkena wabak berkenaan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera, terlebih dahulu kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 (Yeehaaaaa) kepada pembaca yang budiman. Semoga tahun in lebih baik untuk kita dan dapat menjadikan kita lebih kuat sekiranya bakal terdapat ujian seumpama Covid-19 ini yang bakal mendapat akan datang.

Pandemik ini masih belum reda, semoga kita sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan KKM bagi terhindar daripada wabak berkenaan. Yang menerima kesan secara langsung atau tidak langsung terhadap wabak ini semoga kekal tabah menghadapi ujian.

Umum mengetahui, kesan paling teruk jika seseorang didapati positif terhadap wabak ini adalah kematian (Nauzubulillah.. Tiada niat untuk menakut-nakutkan). Dan jika kita lihat, kebanyakan kes kematian Covid-19 di Malaysia mempunyai sejarah latar belakang penyakit kronik.

Inilah kepahitan yang terpaksa ditelan oleh para pesakit kronik. Pentingnya menjaga kesihatan adalah untuk kita menghindari penyakit berkenaan. Namun, mungkin ada yang mengatakan mereka telah pun berusia, dan tidak dapat lari dari sakit ‘orang tua’. Ya Betul!

Pesanan penjagaan kesihatan ini adalah untuk semua, dan untuk yang telah melepasi separuh abad semestinya penjagaan kesihatan perlulah lebih 2 kali ganda daripada orang yang lebih muda kerana kekuatan antibodi sudah semakin lemah.

Islam menyarankan umatnya sentiasa menjaga tubuh badan serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Kehidupan sihat itu juga adalah satu amanah dalam hubungan manusia dengan Allah SWT.

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba Allah pada hari akhirat adalah pertanyaan, ‘Bukankah Kami menyihatkan tubuh kamu dan Kami hilangkan dahaga kamu dengan air yang dingin?’

Rasulullah SAW menyambung: “Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya pada hari akhirat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia gunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia belanjakan hartanya dan bagaimana dia gunakan kesihatannya.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)

Akhir kata, berusahalah. Dan jangan berputus asa didalam pandemik ini. Andai kata terkena juga, redha dan kuatkan semangat supaya orang lain tidak menjadi mangsa seterusnya.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *