fbpx

DITULIS OLEH : Siti Nuraishah

Pada awal tahun 2021, pihak kerajaan Malaysia sekali lagi telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang jelas akan membuatkan segelintir masyarakat berasa risau dan tidak senang duduk. Dan sekali lagi bersambung sehingga ke pertengahan Februari 2021.

Sektor ekonomi adalah hal yang paling terjejas teruk dan sedikit sebanyak akan menggugat periuk nasi segelintir masyarakat terutama sekali golongan isi rumah B40.

Ada yang sedih kerana dibuang kerja, ada yang sedih kerana susah nak dapatkan kerja.

Hal sebegini telah membuatkan masyarakat menjadi tertekan dan stres.

Tapi pernah dengar kan orang cakap, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya?

Jadi jangan duduk stres lama-lama, kita kena bangkit untuk majukan diri sendiri.

Pandemik bukanlah alasan untuk kita terus meratap nasib dan pasrah dengan keadaan.

Anggap perkara ini sebagai batu loncatan untuk kita menjadi seorang yang lebih kreatif dan inovatif dalam mencari sumber pendapatan untuk teruskan kehidupan di alam yang serba mencabar ini.

Kita hidup dalam dunia serba moden, jadi tiada perkara yang mustahil. Semua benda kita boleh buat di mana-mana dan bila-bila sahaja.

 

INI CARA NAK TAMBAH DUIT DI MUSIM PANDEMIK COVID-19

 

Dalam keserabutan dan kegelisahan yang melanda mungkin ada segelintir orang terlepas pandang dengan pekerjaan secara atas talian untuk cari duit tambahan.

Jadi jom baca di sini, mungkin selepas ini anda boleh jumpa pekerjaan yang menarik untuk anda lakukan.

Jadi Agen/Ejen Jualan atau Dropship

Mungkin masih ada segelintir masyarakat yang belum tahu tentang konsep perniagaan ini.

Kerja sebagai agen ataupun dropship ini merupakan salah satu kerja yang sangat mudah. Kebiasaanya sebagai dropship anda tidak perlu keluar dari rumah untuk hantar barang.

Anda hanya perlu menjadi orang tengah sahaja dan kerja boleh dibuat secara atas talian sahaja.

Jadi siapa yang ada masalah tiada kenderaan ataupun nak jimat duit minyak kereta boleh lah cuba jadi agen untuk membantu perniagaan orang lain.

Selain dapat tolong bisnes orang lain, anda juga dapat tolong diri sendiri untuk jana pendapatan.

Menarik bukan?

Anda hanya perlu jadi orang tengah sahaja dan gunakan kemahiran anda untuk memasarkan produk tersebut di sosial media.

Anda cuma perlu dapatkan pelanggan dan ambil tempahan daripada mereka. Selepas mereka membuat bayaran kepada anda, kemudian serahkan duit kepada vendor dan vendor akan mula proses tempahan itu untuk dihantar kepada pelanggan.

Mudah sangat kan?

Jimat masa, jimat duit minyak, komisyen pun dapat.

Cuma yang paling penting anda perlu ada online banking dan wifi di rumah supaya mudah untuk anda memasarkan barang atau produk itu di sosial media dan mengambil pesanan pelanggan menerusi Whatsapp ataupun Facebook atau apa sahaja media online.

Lepas dah berjaya menjual barang tersebut, anda akan dibayar komisyen daripada majikan berdasarkan hasil usaha anda dalam meningkatkan hasil jualan produk atau barangan mereka.

Hasil komisyen itu bergantung pada syarikat yang anda bekerja lah ya.

Tapi tinggi atau rendah komisyen itu terletak daripada atas usaha korang sendiri.

Lagi kuat anda bekerja, lagi banyak lah hasil yang anda akan dapat.

Anda boleh cuba cari produk yang anda berminat untuk menjualnya. Bila ada minat, barulah rasa lebih bersemangat nak jual kan?

Contohnya jika anda minat menjual tudung, anda boleh cuba jadi agen untuk tudung yang sering menjadi pilihan ramai.

Kalau anda berminat untuk menjual produk kesihatan, anda boleh cuba menjadi agen GoSwiet, yang mengeluarkan produk formulasi minyak pati dari biji tunjuk langit pertama di nusantara dan mendapat pengiktirafan harta intelek.

ANDA SEDAR TAK? Musim pandemik ni ramai yang lebih mementingkan kesihatan. Penjagaan kesihatan ini sudah jadi isu global. Berbillion USD dibelanjakan.

Setuju tak kalau saya cakap produk kesihatan ni boleh buat duit?

Dan boleh dikatakan KALIS KEJATUHAN EKONOMI?

Sebab walau apa pun yang terjadi orang pasti nak sihat.

GoSwiet merupakan salah satu produk yang dapat membantu orang dapat ‘mahkota sihat’. Hasil penyelidikan selama 7 tahun dan ada pengiktirafan harta intelek. Yang paling best, untuk masa terhad ini modal jadi agen sangat mampu milik. WhatsApp no ni jika berminat +60103351394 atau klik https://goswiet.wasap.my/.

Ada juga yang berminat menjual barangan kecantikan atau kosmetik, Anda perlu bijak memilih produk untuk dijual ya.

Pastikan produk tersebut adalah produk yang menjadi pilihan masyarakat dan mampu memberi manfaat kepada semua orang.

Sebagai agen, anda tidak boleh menjual semata-mata untuk mendapat komisyen, tetapi fokus anda adalah untuk berikan nilai dan hasil yang dapat memuaskan hati pelanggan.

Kalau anda tidak ada pengalaman berniaga, platform ini adalah yang terbaik untuk anda memulakannya.

Anda sangat digalakkan untuk bermula menjadi agen kerana dari situ anda akan dapat ilmu dan pengalaman baharu tentang dunia perniagaan.

Belajar dari bawah.

Buang rasa takut atau malu kalau nak berjaya.

Di musim pandemik ni, pekerjaan ini adalah antara kerja yang menjadi pilihan masyarakat terutama sekali bagi golongan penganggur, suri rumah, dan kakitangan awam mahupun swasta.

Ya lah, kerja buat duit dari rumah sahaja, siapa yang tidak mahu kan?

Tiada yang mustahil dalam dunia sekarang.

Ada orang yang telah berjaya menghasilkan pendapatan empat angka dengan menjadi agen sahaja tau.

Bayangkan dengan mudah mereka menjana pendapat banyak sebegitu dengan hanya bekerja dari rumah sahaja?

Jadi jangan tunggu lama-lama, kalau orang lain boleh buat, anda juga pasti boleh!

Selain perlu yakin dengan diri sendiri dan usaha, anda juga jangan lupa berdoa, sebab rezeki itu datangnya dari Tuhan dan kita sebagai manusia hanya perlu ikhtiar sahaja.

 

Menjadi penulis bebas

 Dalam dunia sekarang ni, kerjaya sebagai seorang freelancer sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat, dalam erti kata lain adalah anda bekerja secara bebas.

Kerja ini amat menyeronokkan dan dapat mendatangkan hasil yang agak lumayan mengikut jenis pekerjaan.

Ada yang menjadi jurugambar bebas, penulis artikel dan blog, pereka grafik, guru tuisyen atas talian dan sebagainya.

Yang penting harus ada kreativiti dan usaha untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kemahiran anda.

Sekaligus menambah pengalaman.

Dalam zaman sekarang orang lebih memandang pengalaman dan kemahiran untuk mengambil anda bekerja.

Jika anda seorang yang kreatif dan minat bidang penulisan, ambil lah peluang untuk menjadi penulis novel, penulis skrip drama tv/filem dan sebagainya.

Bayaran untuk seorang penulis bukan lah murah ya, ada yang berjaya mencipta pendapatan lima angka dengan bekerja sebagai seorang penulis.

Cukup berbekalkan bakat dan minat, anda boleh melangkah jauh ke depan.

Penulis artikel atas talian juga boleh mendatangkan keuntungan mengikut jumlah perkataan yang anda tulis.

Penulisan artikel selalunya akan dibayar bermula dari RM10-RM500 bergantung kepada jenis artikel dan patah perkataan.

Ramai majikan kini mahu menggunakan khidmat penulis bebas ini sekaligus membantu masyarakat mencari duit tambahan walaupun dari rumah.

Jadi apa alasan anda hari ini untuk tidak bekerja?

Tiada alasan lagi.

Mulakan sekarang.

 

Menjadi penulis/agen iklan

Anda juga boleh cuba menjadi penulis iklan untuk sesebuah syarikat yang tertentu dalam membantu perkembangan pemasaran produk di laman sosial syarikat mereka.

Dalam musim pandemik ini banyak syarikat yang telah menawarkan jawatan agen pengiklanan secara atas talian dan anda akan diberikan elaun mengikut hari bekerja.

Kerja dari rumah dan hanya perlukan tenaga jari-jemari anda untuk kongsikan iklan di laman-laman sosial yang ada mengikut keperluan syarikat.

Mudah sahaja tugasannya kan? Budak sekolah pun sudah ada yang membuat kerja ini untuk mencari duit tambahan.

Jangan fikir-fikir lagi, kalau anda tidak mula hari ini, bila lagi kan?

Usaha tangga kejayaan!

Sesiapa pun boleh berjaya, tanpa kira usia.

Cuma nak mula atau tidak, pilihan terletak di tangan anda.

PKP 2.0+ sudahpun bersambung lagi, anda sudah tidak risau lagi kerana anda sudah ada kerja yang anda boleh buat secara bebas walaupun dari rumah.

Asalkan kita ikhlas untuk mencari kerja yang halal untuk menampung kehidupan, terutama sekali di musim pandemik sebegini kita memang sudah tidak boleh memilih kerja.

Sekecil apa pun peluang pekerjaan yang datang, terima lah dengan hati yang terbuka.

Ingat, peluang tak akan datang dua kali.

Jadi manfaatkanlah peluang yang ada sekarang.

Ayuh mula kerja dari rumah!

Kesimpulannya,

Anda tidak perlu risau jika PKP 2.0 bakal bersambung atau tidak.

Lakukan segala kerja yang anda boleh buat secara atas talian untuk dapat duit tambahan.

Walaupun kesan PKP 2.0 ini diramalkan tidak akan menjadi seburuk PKP pada tahun lalu.

Tapi kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada hari esok dan seterusnya.

Jadi lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan.

Semoga wabak pandemik ini akan segera berakhir dan jaga SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan sentiasa memakai pelitup muka jika anda keluar dari rumah.

Ingat, Kita masih belum menang!

.

.

.

.

.

SUMBER :
https://kokotiam.com/kerja-sambilan-dari-rumah/
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2021/01/775076/kesan-ekonomi-pkp-20-dijangka-tidak-seteruk-seperti-sebelum-ini
https://iluminasi.com/bm/9-tips-untuk-berjaya-dengan-bekerja-dari-rumah.html

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *