fbpx
Anda serius nak kawal kencing manis, gout dan darah tinggi. Nak cergas, NAK kuat macam dulu-dulu! Nak tidur lena, Nak cergas. Dapatkan diskaun 5% dan free pos.
NAK DISKAUN

DITULIS OLEH : Siti Nuraishah

Penyakit tiga serangkai sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia kerana dikatakan penyakit ini telah membunuh ramai orang bahkan menjadi salah satu punca utama kematian rakyat Malaysia.

Penyakit tiga serangkai iaitu penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dikatakan saling berkaitan dan sebab itu ia disebut serangkai.

Jika gagal untuk dikesan dari awal ataupun tidak dapat rawatan dengan segera maka ia boleh menyebabkan berlakunya serangan jantung dan kematian.

 

Mengikut hasil kajian yang telah dibuat oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan  pada tahun 2017, dianggarkan bahawa seramai 3.5 juta rakyat Malaysia telah menghidapi penyakit kencing manis atau diabetes.
____
Dan ada juga kajian daripada penyelidik Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Liza Md Salleh tentang kebaikan tunjuk langit yang dapat membantu mengurangkan risiko kesan kencing manis dan membantu merawat pelbagai penyakit.

Anda tidak perlu terkejut kerana itulah kenyataan yang berlaku di negara kita.

Ramai yang menganggap bahawa penyakit diabetes ini hanya dihidapi oleh golongan warga emas dan individu gemuk atau obesiti.

Ternyata anggapan itu tidak benar sama sekali.

Berdasarkan kajian, sejak tahun 2000 penyakit kencing manis ini telah dikesan dalam kalangan golongan muda.

Pada tahun 2019 juga masih membuktikan kenyataan tersebut benar apabila sebanyak 17.6 peratus golongan berumur 40 tahun dan ke bawah telah menghidapi penyakit kencing manis.

Selain itu, dapatan kajian terkini pada tahun 2019 mendapati bahawa seramai 6.4 juta rakyat Malaysia dewasa menghidapi penyakit darah tinggi atau hipertensi.

Tapi ada segelintir daripada mereka yang tidak sedar mereka meghidapi penyakit itu.

Ada yang menganggap bahawa salah satu gejala penyakit darah tinggi ini adalah sakit kepala.

Tetapi menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham berkata bahawa kebanyakan orang tidak akan merasakan apa-apa gejala ketika menghidap hipertensi terutama sekali pada peringkat awal penyakit.

Apa yang lebih menggerunkan lagi adalah peratusan penyakit hipertensi ini dikatakan lebih tinggi dari purata global dan antara yang tertinggi di rantau Asean.

Tekanan darah tinggi dan merokok adalah dua penyebab utama serangan penyakit jantung dan strok atau ringkasnya penyakit kardiovaskular. Penyakit kardiovaskular inilah yang menjadi punca utama kematian rakyat Malaysia.

Selain itu, ketagihan alkohol juga turut menjadi punca seseorang menghidap hipertensi.

Namun penyakit ini masih boleh dicegah dan dirawat melalui amalan gaya hidup sihat.

Pasti masih ramai yang keliru dan tertanya-tanya tentang apakah punca utama seseorang itu dihidapi penyakit tiga serangkai ini bukan?

Penyakit tiga serangkai ini sering dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Bukan itu sahaja, masih terdapat banyak penyebab utama penyakit ini dihidapi oleh rakyat Malaysia.

Sebelum lebih ramai yang terlepas pandang mengenai punca penyakit ini mari kami jelaskan kepada anda.

 

FAKTOR UTAMA PENYAKIT TIGA SERANGKAI

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan rakyat Malaysia hidup menderita dengan penyakit tiga serangkai ini bahkan sudah meragut banyak nyawa.

Antara sebab-sebab utama yang telah dikenal pasti menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit yang membunuh ini ialah;

1) KETURUNAN

Ramai rakyat Malaysia yang menganggap bahawa punca utama penyakit tiga serangkai ini disebabkan oleh faktor keturunan.

Perkara itu memang benar tetapi keturunan bukanlah satu-satunya faktor penyebab kepada penyakit ini. Masih ada banyak lagi faktor lain yang harus diketahui oleh rakyat Malaysia.

Mungkin anda biasa lihat jika seseorang itu dihidapi penyakit tiga serangkai ini pasti dalam keluarga individu tersebut juga sudah ada yang mengalami penyakit yang sama.

Perkara itu bukanlah satu yang mustahil.

Jika terdapat ahli keluarga yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi kemungkinan besar juga anak atau sedara mara yang lain bakal mendapat penyakit yang sama.

Terutama apabila mereka sekeluarga juga mengamalkan gaya hidup seharian yang sama termasuk dari segi pemakanan.

Rakyat yang berumur 35 ke atas dinasihati agar mulai berhati-hati kerana anda adalah golongan yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit ini.

Kenapa?

Kerana dalam lingkungan umur tersebut segala organ-organ dalam badan sudah mulai berubah dan tidak lagi sekuat usia sebelumnya.

Tahap keseimbangan darah mulai kurang stabil dan perlu lebih berhati-hati dalam bab memilih makanan.

Tapi anda jangan khuatir, walaubagaimanapun penyakit ini masih boleh dicegah.

Ajaklah anak-anak anda untuk beriadah bersama pada setiap hujung minggu untuk memastikan kesihatan keluarga terjamin. Sentiasa amalkan gaya hidup sihat.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

2) POLA PEMAKANAN TIDAK SIHAT

Seperti yang sering diperkatakan, badan kita akan menjadi seperti apa yang kita makan.

Jika kita makan makanan yang menyihatkan maka badan kita akan sihat.

Cuba fikirkan semula amalan pemakanan anda pada setiap hari? Sihat atau tidak?

Pemakanan adalah rutin penting dan harus dijaga dari awal.

Ibu bapa perlu memantau pemakanan yang diambil oleh anak-anak pada setiap hari.

Tambahan pula pada zaman sekarang ramai orang lebih suka makan makanan segera atau makanan ringan seperti ais krim, gula-gula, minuman berkarbonat, dan lain-lain makanan yang masin.

Kebanyakan kajian telah mendapati bahawa makanan segera atau ringan sedemikian telah menyebabkan peningkatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak, penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Tanpa disedari, makanan tersebut mengandungi banyak kalori, garam, dan lemak yang jelas akan memudaratkan kesihatan.

Jadi antara salah satu tabiat yang perlu diubah dalam pemakanan seseorang yang menghidap hipertensi adalah dengan mengehadkan kadar pengambilan garam.

Elakkan memakan makanan segera, makanan berlemak, dan makanan yang masin seperti telur masin, belacan, dan mi segera.

Penghidap penyakit hipertensi digalakkan untuk melebihkan makanan yang tinggi serat.

Contohnya, dalam sehari digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 4-5 kandungan sayur dan buah-buahan.

Lebih baik juga makan masakan di rumah sahaja berbanding makan di luar kerana kita masih boleh mengawal kandungan garam dan lemak dalam masakan sendiri.

3) STRESS

Apabila seseorang itu berhadapan dengan situasi stress, badan akan memberi respon dalam pelbagai bentuk termasuklah dari segi mental dan fizikal.

Stress akan menyebabkan jantung seseorang itu mula berdegup dengan lebih kencang untuk menyalurkan lebih banyak darah kepada beberapa organ penting.

Hal itu kemudiannya akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Stress yang berpanjangan juga akan menyebabkan kandungan lemak meningkat dan terkumpul dalam saluran darah.

Oleh sebab itu saluran darah akan menjadi sempit dan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Mungkin anda stress dengan bebanan kerja atau masalah keluarga namun hal tersebut masih boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Anda harus melakukan banyak aktiviti senaman ringan tidak kisah sama ada di dalam rumah ataupun di luar rumah.

Pastikan anda melakukan senaman secara berkala iaitu dua atau tiga kali seminggu.

Jangan lupa untuk mengatur waktu tidur anda dengan baik.

Tidur di awal waktu dan pastikan anda mendapat tidur yang cukup bagi mengumpul tenaga untuk bekerja pada keesokan harinya dengan bersemangat.

Kesimpulannya, penyakit tiga serangkai amat berbahaya dan amat berisiko untuk semua golongan tanpa mengira usia. Amalan gaya hidup sihat adalah kunci untuk kita menghindarinya.

Cegah dari awal sebelum terkena.

Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

 

SUMBER :

https://dayakdaily.com/penyakit-tiga-serangkai-punca-serangan-dan-kegagalan-jantung/

https://www.ikhrah.com/penyakit-3-serangkai

https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-lain/2020/11/756535/diabetes-jangan-ambil-mudah

https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/07/596166/ramai-tak-sedar-penghidap-darah-tinggi

https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/makanan-ringan-memberatkan-otak/#gref

https://www.doctoroncall.com.my/soalan/maksud-stress

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *