fbpx
Anda serius nak kawal kencing manis, gout dan darah tinggi. Nak cergas, NAK kuat macam dulu-dulu! Nak tidur lena, Nak cergas. Dapatkan diskaun 5% dan free pos.
NAK DISKAUN

DITULIS OLEH : Amirul Haikal

Kehidupan semasa PKP ini sememangnya tidak mudah untuk kita semua. Tidak bebas untuk bersosial secara fizikal, berekreasi bersama kawan-kawan, pelajar pula tidak dapat menikmati suasana sekolah dan universiti yang mampu menceriakan hati-hati yang muram.

Norma baharu ini menyaksikan kesedihan golongan barisan hadapan yang tidak jemu memastikan kes-kes harian menurun dan pekerja kolar putih yang terpaksa dibuang kerja. Jika golongan yang berpendapatan rendah pula bagaimana nasib mereka? Hari demi hari, tidak menjadi janggal lagi jika ramai yang dilaporkan sudah kehilangan makna dalam kehidupan mereka.

Anda mungkin tergolong atau tidak tergolong dalam situasi-situasi yang saya nyatakan. Tetapi, satu perkara yang pasti ialah tubuh badan kita lebih mudah lesu dan penat ketika zaman PKP ini. Kita pun pelik. “Eh tapi, kebanyakan masa aku hanya berada di rumah. Keluar pun tidak, nak riadah pula tidak dibenarkan. Adakah aku semakin tua?”

Anda mesti tertanya kenapa. Bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini?

1. Punca pertama ialah ketegangan mental.
Perkara ini cukup benar. Cuba kita bayangkan kehidupan seharian seorang pekerja kolar putih semasa PKP. Disebabkan arahan WFH, mereka terpaksa berhadapan dengan skrin computer mereka lebih dari 7 jam sehari, berkomunikasi secara maya. Fokus yang lebih padu perlu diberikan untuk mengatasi sebarang salah faham akibat berkomunikasi secara maya.

Bagi keluarga yang kedua ibu bapa bekerja, kehidupan kerjaya mereka bercampur aduk dengan kehidupan di rumah (situasi sama untuk pelajar universiti & sekolah). Waktu rehat kini berubah sebagai waktu untuk menjenguk perilaku anak-anak kecil, yang sejak awal pagi menangis menagih perhatian, serta menyediakan juadah untuk keluarga tercinta.

Secara tidak disedari, banyak tenaga digunakan kerana perlu menyesuaikan diri dengan keadaan yang mana kita tidak sangka kita akan hadapi. Belum cerita lagi kisah dibuang kerja, perniagaan terpaksa ditutup dan akhirnya hilang sumber pendapatan.

Stres kepada minda yang berterusan akan menyebabkan badan memasuki mod ‘fight or flight’ sentiasa. Maksudnya, kadar degupan jantung bertambah dan anda akan sentiasa berwaspada dan bertenaga. Dalam jangka masa panjang, ini akan menyebabkan tenaga kita berkurangan.

Perkara ini juga berkait dengan punca yang kedua iaitu kegelisahan pandemik.

 

2. Punca kedua – Kegelisahan pandemik.

Menurut kata-kata Dr Jilly Gibson Miller, seorang pakar psikologi di University of Sheffield, kita sedang hidup dalam tempoh kegelisahan yang mencanak. Betul tidak? Sekarang ini kita lebih risau akan kesihatan keluarga yang tersayang. Setiap kali kita pulang dari kerja, kita sentiasa berwaspada agar tidak membawa pulang virus ke rumah. Kita membayangkan betapa tragisnya kalau isteri atau anak terpaksa tinggal di MAEPS, atau lebih teruk jika keadaan mereka menjadi kronik. Dengan masa hadapan kerjaya anda yang tidak menentu dan arahan untuk kita duduk di rumah, ini tidak akan membuatkan keadaan kita semakin baik, malah, kerisauan tersebut hanya akan memakan tenaga kita.

Apabila kehidupan kerjaya/pendidikan bercampur, maka rutin kita pun akan berubah, dan ini akan menganggu jadual waktu tidur kita. Kalau sebelum ini kita sudah biasa bangun pukul 6 dan tidur pukul 11, sekarang bila-bila masa sahaja kita boleh pilih untuk tidur dan bangun

Maka, circadian rhthym, ataupun bahasa mudahnya jam badan kita terganggu dan akan mengurangkan kecekapan fisiologi kita sepanjang hari. Sebab itulah, walaupun PKP ini kita banyak tidur, kita tetap rasa lemau dan lesu.

 

Namun, jangan risau. Ada dua cara yang ingin saya kongsikan untuk mengatasi masalah ini. Duit dari poket pun tak perlu dikeluarkan!

 

  1. Kurangkan masa kita dengan media sosial.

Mungkin terdapat beberapa perkara positif yang kita boleh pelajari dari media sosial, seperti ilmu memasak dan berdagang. Namun, kita sendiri sedar kini platform tersebut penuh dengan berita yang menambahkan lagi perasaan gelisah kita. Untuk mengetahui realiti keadaan semasa itu penting, tetapi tidaklah sampai ianya menghantui kita dengan fikiran negatif sentiasa.

Anda boleh mula dengan membuat jadual. Contohnya, 20 minit setiap hari didedikasikan untuk membaca berita isu semasa dan lebih baik jika anda pilih 1-2 sumber berita sahih sahaja bagi mengelakkan maklumat berlebihan yang tidak ada faedahnya.  Gunakan masa tersebut untuk bersenam, mendengar muzik ataupun berhibur.

 

  1. Bersenam

Badan cergas, minda cerdas. Ungkapan yang sering kita dengari dan sepatutnya kita berpengang teguh. Bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu mempunyai pengaruh yang sangat positif kepada kesihatan mental, sekaligus dapat mengurangkan risiko daripada dijangkit penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Bercakap tentang penyakit tiga serangkai, risiko turut boleh dikurangkan dengan buah tunjuk langit yang kini mendapat perhatian dalam pasaran! Tahukah anda, buah ini telah terbukti mengurangkan kandungan gula dalam darah serta meningkatkan kesihatan kardiovaskular? Tidak peliklah kerana buah itu sendiri sarat dengan gabungan asid lemak omega 3,6, dan 9 serta B-Sitosterol. Ketiga-tiga penyakit itu buah ini mampu lawan.

Okay, kembali kepada topik bersenam.

Hormon endorfin, iaitu hormon yang berperanan untuk mengurangkan stres turut dihasilkan! Itu mungkin salah satu sebab setiap kali kita bersenam, kita rasa diri kita produktif dan ceria. Oleh itu, ayuh kita menggunakan aplikasi Youtube yang mempunyai banyak jenis senaman untuk diikuti. Masa seperti inilah yang membuktikan kebaikan teknologi kepada kita! Dapatkan sinaran matahari yang secukupnya (30 minit sehari) yang akan membantu pengaliran darah yang lebih baik serta Vitamin D. Ini akan membantu kita dapatkan tidur yang efektif bagi menghilangkan kelesuan.

 

Konklusinya,

Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda memahami sebab-sebab secara tidak langsung badan kita lebih penat daripada biasa ketika PKP ini. Sudah tiba masanya untuk kita mengambil langkah proaktif agar badan kita kekal segar dan cergas!

 

 

 Sumber rujukan:

  1. https://www.news-medical.net/news/20210413/COVID-somnia-Americans-report-increase-in-sleep-problems-during-the-pandemic.aspx
  2. https://patient.info/news-and-features/why-lockdown-is-making-us-feel-exhausted
  3. https://www.verywellmind.com/protect-your-mental-health-during-quarantine-4799766
  4. https://www.verywellmind.com/protect-your-mental-health-during-quarantine-4799766

 

Rakyat yang berumur 35 ke atas dinasihati agar mulai berhati-hati kerana anda adalah golongan yang berisiko tinggi untuk menghidapi penyakit ini.

Kenapa?

Kerana dalam lingkungan umur tersebut segala organ-organ dalam badan sudah mulai berubah dan tidak lagi sekuat usia sebelumnya.

Tahap keseimbangan darah mulai kurang stabil dan perlu lebih berhati-hati dalam bab memilih makanan.

Tapi anda jangan khuatir, walaubagaimanapun penyakit ini masih boleh dicegah.

Ajaklah anak-anak anda untuk beriadah bersama pada setiap hujung minggu untuk memastikan kesihatan keluarga terjamin. Sentiasa amalkan gaya hidup sihat.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

2) POLA PEMAKANAN TIDAK SIHAT

Seperti yang sering diperkatakan, badan kita akan menjadi seperti apa yang kita makan.

Jika kita makan makanan yang menyihatkan maka badan kita akan sihat.

Cuba fikirkan semula amalan pemakanan anda pada setiap hari? Sihat atau tidak?

Pemakanan adalah rutin penting dan harus dijaga dari awal.

Ibu bapa perlu memantau pemakanan yang diambil oleh anak-anak pada setiap hari.

Tambahan pula pada zaman sekarang ramai orang lebih suka makan makanan segera atau makanan ringan seperti ais krim, gula-gula, minuman berkarbonat, dan lain-lain makanan yang masin.

Kebanyakan kajian telah mendapati bahawa makanan segera atau ringan sedemikian telah menyebabkan peningkatan obesiti dalam kalangan kanak-kanak, penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Tanpa disedari, makanan tersebut mengandungi banyak kalori, garam, dan lemak yang jelas akan memudaratkan kesihatan.

Jadi antara salah satu tabiat yang perlu diubah dalam pemakanan seseorang yang menghidap hipertensi adalah dengan mengehadkan kadar pengambilan garam.

Elakkan memakan makanan segera, makanan berlemak, dan makanan yang masin seperti telur masin, belacan, dan mi segera.

Penghidap penyakit hipertensi digalakkan untuk melebihkan makanan yang tinggi serat.

Contohnya, dalam sehari digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 4-5 kandungan sayur dan buah-buahan.

Lebih baik juga makan masakan di rumah sahaja berbanding makan di luar kerana kita masih boleh mengawal kandungan garam dan lemak dalam masakan sendiri.

3) STRESS

Apabila seseorang itu berhadapan dengan situasi stress, badan akan memberi respon dalam pelbagai bentuk termasuklah dari segi mental dan fizikal.

Stress akan menyebabkan jantung seseorang itu mula berdegup dengan lebih kencang untuk menyalurkan lebih banyak darah kepada beberapa organ penting.

Hal itu kemudiannya akan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

Stress yang berpanjangan juga akan menyebabkan kandungan lemak meningkat dan terkumpul dalam saluran darah.

Oleh sebab itu saluran darah akan menjadi sempit dan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Mungkin anda stress dengan bebanan kerja atau masalah keluarga namun hal tersebut masih boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Anda harus melakukan banyak aktiviti senaman ringan tidak kisah sama ada di dalam rumah ataupun di luar rumah.

Pastikan anda melakukan senaman secara berkala iaitu dua atau tiga kali seminggu.

Jangan lupa untuk mengatur waktu tidur anda dengan baik.

Tidur di awal waktu dan pastikan anda mendapat tidur yang cukup bagi mengumpul tenaga untuk bekerja pada keesokan harinya dengan bersemangat.

Kesimpulannya, penyakit tiga serangkai amat berbahaya dan amat berisiko untuk semua golongan tanpa mengira usia. Amalan gaya hidup sihat adalah kunci untuk kita menghindarinya.

Cegah dari awal sebelum terkena.

Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

 

SUMBER :

https://dayakdaily.com/penyakit-tiga-serangkai-punca-serangan-dan-kegagalan-jantung/

https://www.ikhrah.com/penyakit-3-serangkai

https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/lain-lain/2020/11/756535/diabetes-jangan-ambil-mudah

https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/07/596166/ramai-tak-sedar-penghidap-darah-tinggi

https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/makanan-ringan-memberatkan-otak/#gref

https://www.doctoroncall.com.my/soalan/maksud-stress

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *