Ini cerita benar yang terpampang didepan mata saya sendiri pada pertengahan tahun 2019.
Kami telah dijemput untuk berkongsi kebaikan produk disebuah rumah sekitar Batu Pahat, Johor.
Macam biasa, kami tak terfikir pun siapa yang bakal kami jumpa. Lagipun, setiap kali perkongsian kami tak fikir pun untuk membuat jualan. Jika ada jualan kami bersyukur dan anggap ia bonus.
Terlihat seorang wanita lingkungan 40-an kusyuk mendengar apa yang kami kongsi. Dalam fikiran saya, memang kebiasaan kami berjumpa dengan wanita atau lelaki berusia 30 ke 60 ke atas sebagai pesakit kencing manis. Jadi, tiada apa yang pelik.
Selang beberapa minit perkongsian Dr. Liza (pengasas GoSwiet) wanita itu mencelah.
Akak Milah (bukan nama sebenar) mula bercakap tentang masalah yang dihadapi… iaitu anaknya yang berusia 12 tahun.
Setiap tutur katanya dan riak muka nampak risau. Ye lah, anaknya masih kecil sudah dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil insulin. Ibu bapa mana yang tak pedih bila anak kecik dah kena kencing manis!
“Abu (bukan nama sebenar) hari-hari minum air gas. Saya bagi duit sekolah dia pergi beli air gas”
Suatu hari Abu pengsan di sekolah. Akak Milah bergegas membawanya berjumpa doktor dipusat kesihatan terdekat.
Mulai saat itu, air gas bukan lagi menjadi minuman kebiasaan anaknya.
Abu telah disahkan menghidap kencing manis sampai meter tak boleh baca!
Doktor pula menasihatkan untuk menjaga pemakanan dan Abu perlu megambil insulin. Jika tidak, kegagalan fungsi buah pinggang mungkin bakal berlaku.
Kerana sayangkan anak, akak Milah terbuka hati untuk ikhtiar menggunakan GoSwiet. Dr. Liza berpesan untuk menjaga pemakanan dan perbanyakkan minum air masak.
Nak minum air gas boleh, tapi janganlah overdose. 1 minggu sekali pun cukup untuk lepas gian. Lebih baik tidak minum langsung.
Jangan ingat orang muda tak boleh kena diabetes/kencing manis tau! Beringat sebelum kena.
Antara kes lain yang telah di terbitkan oleh Harian Metro pada Ogos 2018 (klik gambar).
0 Comments