fbpx

Berapa jumlah gula diperlukan untuk kena kencing manis?

“Aku bukannya makan manis banyak sangat pon, boleh kena kencing manis jugak! Leceh lah”

Mungkin lebih kurang macam ni apa yang anda fikir dalam hati saat pertama kali bersua dengan penyakit kencing manis atau diabetes.

SEDIH!

Sebab Malaysia adalah negara tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap diabetes. Tapi jumlah itu terus menaik macam anda tak tahu langsung boleh kena kencing manis dengan sebab simple ni.

 

Pastikan bawah 7 baru normal

 

Apa yang bawah 7 ?

OGTT (Ujian Tolenransi Gula) adalah antara ujian yang akan dilakukan oleh hospital dengan menguji darah pesakit untuk mengetahui kadar gula.

3 proses nak ambil darah

1 kali selepas 8-12 jam berpuasa

Kemudian, perlu mengambil larutan glukosa (air gula) sebanyak 75 gram,

Tunggu selama 2 jam

Dan darah akan diambil kali ke 2

Keputusan

Individu sihat &

normal

(mmol/L)

Kekurangan tolenransi glukosa

(mmol/L)

Penyakit Kencing Manis

(mmol/L)

Puasa < 7.0 < 7.0 > 7.0
Selepas 2 jam < 7.8 7.8 – 11.1 > 7.8 – 11.1

Mmol/L = millimoles per liter

Ada juga menggunakan ujian air kencing.

Secara mudah, takkan anda nak berada dalam kategori pesakit kan?

 

Makan apa sampai lebih daripada normal?

 

Punya la sedap makan gula sampai tak sedar beberapa minggu lepas tu ada simptom kencing manis

Ni bukan cerita tentang gula prai

Gula yang dimaksudkan adalah glukosa iaitu pecahan paling kecil dalam karbohidrat

Bukan setakat air gas (berkarbonat), teh ais, kopi je tau

Untuk orang Malaysia

Nasi, kuih muih, minuman tin dan minuman manis antara sumber utama glukosa ni

Makanan berlemak tepu lagi antara penambah ‘cari penyakit’

Sebabnya lemak tepu susah untuk dipecahkan oleh badan, lama kelamaan boleh menyebabkan peningkatan paras gula dan kolestrol

Bukan TAK BOLEH makan ye

Cuma berpada-pada la

Fakta! Mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), nak ambil gula tak boleh lebih daripada 5% daripada pemakanan seharian.

American Heart Association pula mengatakan setiap 2000 kalori setiap hari menterjemahkan sebanyak 50 gram gula.

 

Takkan nak kira satu-satu? Leceh

 

Leceh atau tidak anda kena berdisiplin

Dah kena nanti, pasti menyusahkan anda

Paling terbaik, boleh tengok saranan Kementerian Kesihatan Malaysia tentang diet

Nak mudah, sifir makan macam ni

Ini cadangan ya!

Makan la hari-hari nasi tu tapi cedok maksimum 3 mangkuk kecil je sehari

Nak makan kuih? Tiada masalah 1-2 biji sehari tapi minum air masak (air putih)

Kalau nak minum air tin, nasi tu cedok sikit je

Boleh tengok pemngambilan kalori seharian untuk bantuan

Haa jangan lupa buat senaman ye, bagi keluar peluh

Bila semakin tua, lagi kurangkan pengambilan gula

 

Sumber utama: myhealth  

 

Iklan :

Lindungi diri anda dan keluargo daripada diabetes dengan GoSwiet.

 

 

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *